Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.co) - Barrack Obama kelmarin dalam panggilan telefon bersama raja Bahrain mengatakan, "Amerika Syarikat percaya bahawa Bahrain dapat distabilkan dengan memberi penghormatan terhadap hak-hak rakyatnya dan menjawab semua pembaharuan yang dituntut".
Sementara itu Jacob Sullivan, ketua Jabatan Kementerian Luar Amerika turut menyatakan, "Washington meminta pegawai tertinggi Bahrain supaya menghentikan protes dengan dialog yang komprehensif".
Pegawai Amerika ini menambah, "Kami bimbang terhadap penghakiman dan hukuman secara terburu-buru, seperti mana yang telah kami katakan, kami meminta penghakiman hendaklah dijalankan secara undang-undang yang sah".
Tambah beliau, "Semua pihak dan pemimpin Bahrain hendaklah melaksanakan dialog politik, mesej ini telah kami sampaikan kepada pemerintah Bahrain".
Hari khamis lalu mahkamah Bahrain menjatuhi hukuman mati terhadap empat pemuda yang menyertai demonstrasi aman, sementara tiga orang yang lain dipenjarakan seumur hidup.
Amerika Syarikat yang mempunyai mahkamah tentera di Bahrain masih menunjukkan reaksi kecil mereka terhadap jenayah Al Khalifah.